Saturday, December 18, 2010

Tatapan buat Sang Lelaki.........

(Hatimu Milik Siapa)
                Kata orang putih life begins at 40. Hadis nabi s.a.w. pula menyebut 40 adalah usia pemisah antara sama ada terus okay atau sebaliknya. Pada usia demikian memang beberapa hal kembali muda-perasaan, pemikiran, dan juga tingkah laku. Ramai lelaki mencecah usia ini, kagatalannya kian Nampak.
          Jika anda lelaki, ayah kepada anak-anak dan suami kapada wanita yang bergelar isteri, anda adalah harapaan. Tambahan lagi jika isteri anda tidak bekerja, penggantungan mereka terhadap anda jauh lebih besar.
          Tapi pada usia demikian, nurani anda untuk kembali muda memang ada. Jika anda hendak menyudahkan semuanya dengan perkahwinan baru, bukan tak boleh, Cuma apa kata menyemak beberapa hal. Dan ini juga tak bermakna saya menghalang impian anda untuk menambah `cawangan`. Pilihan adalah hak milik setiap orang. Cuma `cawangan` kita itu biarlah boleh membawa kearah kehidupan yang sempurna- dimata masyarakat dan juga agama.
          Saya ada beberapa kenalan yang memiliki lebih dari seorang isteri. Mereka memulakan alam baru kehidupan itu pada usia mencecah 40-an. Saya lihat mereka bahagia, syukur Alhamdulillah. Tapi sayangnya tak lama bertahan. Beberapa bulan selepas itu, keluhan mula di dengar. Sekadar keluhan tidak mengapa, tapi isteri tua yang tersingkir lalu kembali ke kampong bersama anak-anak cukup menyayatkan hati. Apalah yang si ibu mampu lakukan di kampong untuk menampong keperluan hariannya dan juga anak-anak.
          Lalu, daripada pengalaman-pangalaman itu ingin saya katakan, mari kita sama-sama kenang, jika anda kahwini anak dara, keseronokan memanglah ada tapi tentang makan minum, pakaian, dan aktiviti keluarga tentu anda akan teringat isteri pertama. (tak tahulah jika anda boleh melupakan segalanya). Dia telah hidup bersama anda selama 10-15 tahun, tak perlu ajar apa-apa lagi. Semuanya dia faham tentang anda. Baju di gosok cara mana, minuman di hidang gaya apa, berapa banyak gula berapa banyak kopi, bersusu ke tidak, makanan apa yang anda suka makan,  cara mana memasaknya, masin sikit @ pedas sikit, semuanya dia tahu.

          Sesetengah lelaki suka melihat isterinya telah bersedia tatkala dia bangun dari tidur. Semuanya telah tersedia, sarapan dan juga baju sekolah anak-anak tersusun di tempatnya. Apakah isteri muda anda itu dapat melakukan sebegini, sebaik isteri pertama….? Maklumlah orang baru, muda pula, ragamnya tentu ada dan juga ngada-ngadanya pun begitu.
             Dan satu lagi, anda perlu memikirkan pandangan masyarakat terhadap anda. Entah mengapa orang melayu memandang serong pada lelaki yang beristeri dua dan apatah lagi lebih. Walaupun ternyata orang itu mampu dan adil, pandangan masyarakat tetap serong. Masyarakat kita seolah-olah tidak dapat menerima lelaki yang beristeri lebih daripada satu walaupun mereka tahu itu sunnah.
          Kemudian, jika ditakdirkan anda mendapat anak, tatkala anak itu remaja anda sudah mencecah usia tua dan tidak segagah dahulu untuk mencari semua keperluannya. Jika ditakdirkan anda mendapat anak ramai, bagaimana nanti anda hendak menampung semua itu.
          Berkahwin bererti memulakan segala-galanya semula, seperti mula-mula berkahwin dengan isteri tua dahulu. Bayi yang kerap menangis itu perlu didodoi, di salin lampinnya, dipujuk kesana-kemari, dibawa ke klinik apabila demam. Maklumlah bayi memang perlu penjagaan yang rapi supaya tumbesarannya tidak terencat.
          Kemudian, tatkala sekali sekala anda pulang ke rumah mentua isteri tua bagaimana agaknya mereka melayani anda…? Apakah mereka akan menyambut semesra dahulu atau sekadar menyambut salam, menjeling dan membiarkan anda duduk sorang-sorang di ruang tamu.
          Jika rumah tangga anda yang kedua itu benar-benar bahagia baguslah, tapi bagaimana kalau porak peranda…..? alahaiiiii
          Bagaimanapun, jika semua ini hanya mampu diatasi dengan penuh hemah dan hikmah, teruskanlah. Niatkan semuannya kerana ALLAH dan mengikut sunnah nabi s.a.w. . tindakan anda itu menjadi ibadah dan berpahala. Namun, perlu diingat ujian memang banyak dan luar biasa sekali untuk lelaki yang berpoligami. Silap-silap pahala yang dicari, dosa yang menanti. Maklum, dalam hidup sebegini kita perlu katahanan diri untuk berdepan dan mengatasi semua halangan dengan penuh bijak, sabar, dan waras. Soal adil terutamanya, memang mudah disebut tapi payah dibuktikan. Begitu juga soal hati dan perasaan. Semakin kita tua semakin kita sensitive tetapi inilah saatnya kita hendak membelai hati dan perasaan pasangan-pasangan kita itu. Mampukah….??
           Dan bagi yang ingin menceraikan isteri pertama untuk membebaskan diri daripada bebanan tanggungjawab, rasanya elok juga dikenang-kenang saat-saat manis yang pernah dilalui bersama. Mungkin banyak yang kita benci tentang dirinya, tapi tentu ada yang kita sukai. Tiada manusia yang sempurna sepenuhnya, begitu juga kita. Sama-sama manusia, sama-sama ada kelebihan dan kekurangannya. Mengapa tidak boleh kenangkan jasa-jasa yang pernah sama-sama dilalui, jangan kenangkan yang buruk saja sebab kita pun bukanlah baik semuannya.
          Akhir kalam, cuba renung kata-kata cendikiawan, musuh yang selalu mencela kita itu akan membuatkan kita terbangun dari kelalaian, tapi teman yang memuji-muji selalu membuat kita tak sedar diri.


Prepare by,
Shamsuhaifa


No comments:

Post a Comment